Wednesday, June 25, 2008

Revolusi & Transformasi dunia teknikal & taktikal

Salam Seantero semua,

Revolusi & Transformasi dunia teknikal & taktikal merupakan satu arus yang begitu pantas. Pemikiran manusia dunia yang ghairah mengeluarkan produk masing-masing meliputi barangan dan pemakaian membuatkan satu revolusi yang begitu hebat. Apa yang ingin dikongsikan ini adalah satu pengalaman dan pengajaran serta pembelajaran dalam teknikal komputer dan penyelesaian dari segi tektikal sesuatu masalah yang timbul. Dunia pengkomputeran begitu pesat membangun di dunia sekarang ini. Rata-rata manusia menggunakan komputer. Sejak kecil lagi manusia menggunakan komputer. Komputer mempunyai sejarah yang tersendiri dan teknikal yang digunakan semakin hari semakin canggih. Transformasi ini begitu sihat, bagi mereka yang berada dalam dunia dan alam pengkomputeran khususnya perlu membenihkan ilmu di dada tahap pengetahuan, kemahiran, talian, dan sebagainya. Seharusnya bermula dari perkakasan hinggalah kepada perisian yang digunakan, penuh dengan transformasi. Masih ingat lagi, transformasi syarikat pengkomputeran yang terkenal Microsoft berdiri dan bermula daripada DOS iaitu 'Disk Operating System' kepada permukaan atau lebih dikenali 'Window' menjadi sistem grafik yang begitu seni. Ekoran dari itu pemakaian perisian mestilah seiring dengan pemakaian perkakasan. Oleh yang demikian, revolusi dan transformasi itu perlu bagi memperbaiki dan diperbaiki dari semasa kesemasa.......

komentar: arious

No comments: